Blogger Templates

It's all about choice!!!

Choice??what is that?? Is that necessary for me to make a choice??
Yes, the answer is I must make a choice for my life.
Sorry2...terbawak2 dgn emosi yg x tentu hala nie...by the way Assalamualaikum..lama dah x singgah kat blog kesayangan nie dan hari nie baru ada masa.

Bukan apa..sekarang nie aku btol2 dlm dilema sbb benda yang aku x jangka berlaku, akan berlaku x lama lagi tp kalau ikutkan hati nie..ermm ntah laa x taw nak ikut mana...semua nya jalan mati.
Susah nak buat keputusan kalau dlm situasi sekarang nie. Memang kalau boleh x nak terlampau berharap pd benda yg belom pasti tp aku tahu semuanya sudah tertulis utk ku. Sebelum aku dilahirkan, sudah tercatat semua cerita hidupku dan begitu jugak ujian yg aku kena hadapi mcm skrg.

Yer, mungkin bagi stengah org tu,akan memandang ia sebagai satu bonus utk diri sendiri sbb kita dah x perlu kusutkan kepala fikir tentang nie, tp bagi aku masih terlalu awal utk semua nie. Yer btol jgak org ckp fikir dulu sebelum buat keputusan and that's what i'm doing right now. 

Aku x seperti org lain yang bahagia dgn hidup masing-masing, aku ada banyak benda yg nak kena uruskan sebelum ke arah tu. Aku memegang amanat mama utk bina karier dulu, lepas dah cukup semua tu then baru fikir utk benda lain.

Tapi aku ada pilihan ke utk menidakkan keputusan yg telah dibuat?? Itu yang aku fikirkan smpai skrg.
Ya Allah, kenapa berat sgt ujianMu terhdapku?? Banyak cabaran dan rintangan aku kena hadapi utk smpai ke tahap tu dan skrg aku cuba berfikir positif utk diri sendiri dan masa depanku.

Sekian jela, smpai sini dulu..i will keep in touch soon. Wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS BARAN

kita semua nie x tak lari dari sifat Marah, Sakit hati dan lain-lain lagi. Apa yang nak saya kongsikan hari nie adalah tentang Panas Baran.

Ehhh...kenapa rasa macam formal sgt jer intro kali nie???hehehe maaf-maaf....terbawa-bawa pula perasaan nak update entry untuk kali nie. Bukan apa, kita semua mesti ada rasa marah kan?? Dari marah tu boleh turun ke Panas Baran, nie nak share laa sikit sbb empunya diri nie pon salah seorang dari tu jugakk.

Pelbagai cara untuk atasi sikap panas baran nie antaranya :

  1. Mendiamkan diri ketika marah
  2. Belajar menyampaikan kemarahan dgn positif dan terhormat
  3. Luah pada masa dan tempat yg sesuai
  4. Bawa bertenang
  5. Senyum
  6. Banyakkan berzikir
Cara Mengatasi Sifat Panas Baran

niela muka kita time bengang or marah..hehehe

Tapi tak ape sbb marah tu memang ada dalam diri setiap insan dalam dunia nie..cuma nya jgn terlalu mengikut perasaan sgt sehingga buatkan orang sekeliling kita kecil hati.

Jadi, sebelum nak lepaskan kemarahan tu kat orang, kita fikir dulu akibatnya. Jangan la main serbu jer..silap hari bulan nnt kita dah salah faham dengan orang yang rapat dgn kita.

Okay la sampai sini dulu coretan nya...harap sudi menerima bingkisan yang tak seberapa nie..
Selamat Malam dan Wassalam 

< GADIS MAY >

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 JANUARI 2013

WAHHH...cantik nya tarikh hari nie kan...huhu..by the way HAPPY NEW YEAR okay. Hope tahun nie lebih indah dan kisah silam tu hanya sebagai sejarah. Sebenarnya kan aku nak update utk tahun baru jer sbb umur dah mencecah 20...hahaha... UNBELIVEABLE laa... (btol ke eja tu) hihi. Dah matang ke kalau umur 20 tu??? Pada diri aku mcm tak jer sbb nya kan..aku still merengek macam kanak-kanak..huhu.


Ya Allah ! Lupa nak bagi pembuka kata td...adoii... ASSALAMUALAIKUM...hehe. Maaflaa diri ini tidak sengaja lupa benda tu. Maklum laa umur makin lanjutkan..hehe. Orang ckp kan bila usia dah meningkat nie, amalan pon mesti la kena meningkat jgak kan. Jadi aku rasa mcm nak perbaiki jer amalan aku. Aku harap akan ada orang yang boleh dorong aku utk ubah semua tu.
Dulu aku harapkan "DIA" utk tolong aku tapi sekarang aku tak boleh nak harapkan dia lagi sbb banyak benda lagi yang dia perlu buat selain dr tolong aku. Lagipun dia dah ada kebahagiaan dia sendiri, so aku sebagai outsider tak boleh ganggu kehidupan dia.


Ehhh macam lari dari topik jer aku nie...hihi..sori yer kengkawan. Aku cuma teringat kat dia jer. Sudah la Qyla jgn dikenang barang yang lepas, dia pun suruh aku lupakan dia. Haa!! benda tu tak mudah utk aku buat okay. So jangan paksa aku. Macam gangster kan ayat aku tu..huhu..gangster laa sangat. Mula nya tahun baru nie aku nak cuba perbaiki diri aku dulu baru laa fikirkan yang lain.

Mama awal-awal dah pesan kepala tu jangan nak merewang kat benda lain, fokus jer utk study tu.  Kalau dah x ada siapa nak dkt awak tu, nnt mama carikan..hahaha...tergelak bila dgr mama ckp macam tu. Apapon My Mom is the best I had ever.. lot of love for you Mama.

Rasanya cukup la nie kot mukadimah utk tahun baru..ada masa nak update lagi..
Wassalam. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SABAR SELAGI MAMPU

ASSALAMUALAIKUM...
fuhhh tiup sikit...berdebu  nie...x ada masa nak bersihkan blog nie..huhu..busy bercuti laa kata kan..sape yg x seronok bila bercuti??hehe..

Apa yang berlaku pada diri ini, akan ku jadikan sebagai satu pengajaran dan pengalaman kerana setiap yg terjadi itu terselitnya hikmah yang tersendiri. Aku cuba kuatkan diri, tabahkan hati, kuatkan iman utk menerima semua ujian yang diberikan kepadaku. Susah senang aku sekarang nie aku hadapi dengan penuh kesabaran. Aku tahu orang diluar sana semua hnya pandang aku dgn sebelah mata tapi aku akan buktikan yang aku bukan seperti yang mereka sangkakan.

Perempuan memang tidak lari dari AIRMATA, kerana sekeras mana sekalipun hatinya akan terselit juga rasa sedih. Dan itu adalah diriku. Aku sedar sekarang nie aku terlalu mengharap pada benda yang belum pasti akan menjadi milikku. Aku jadi lemah disebabkan itu tapi apa lagi yang mampu aku buat utk mengelak dari semua tu?? Aku sendiri sudah tidak berdaya lagi. Aku menemui kekuatan aku dengan cara aku sendiri.

Aku bahagia dengan cara aku sendiri, aku cuba utk berubah kearah kebaikan tapi aku tahu bukan mudah, utk berubah aku perlu lebih tabah dan kuat. Kadang-kadang tu aku rasa aku putus asa sangat-sangat disebabkan benda yang tidak logik nie. Aku tidak tahu kenapa sekarang aku jadi macam nie. Aku selalu fikir aku nie banyak dosa ke?? Selalu bersendirian kemudian aku akan terfikir semua yang jadi pada aku, bila difikirkan aku rasa bengang, marah, sakit hati dengan apa yang aku buat sekarang nie.

Aku betul-betul perlukan kesabaran yang tinggi utk berhadapan dengan semua nie, kalau bukan aku yang ubah diri aku nie, sape lagi yang boleh buat?? Yer, memang sesetengah orang akan cakap "saya faham keadaan awak" dan aku akui ada yang faham tapi bukan semua.
Cukuplah sekarang nie aku hidup dalam keadaan yang murung, sedih, dan kecewa. 
Please Qyla, move on walaupun benda tu makan masa yang lama tapi aku kena cuba dan selebihnya aku redha dengan ketentuan ALLAH.

WASSALAM.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerinduan yang Tidak akan Terubat

Assalamualaikum...
x taw nak cakap mcm mana...sejak kebelakangan nie aku sedih yang teramat sgt..aku hilang punca. Aku hilang diri aku yang dulu..yang happy selalu..tp x..bkn skrg...airmata yg menemani aku setiap malam..bengkak2 mata nie aku dah x kisah lagi..

Aku sedih sebab aku teringatkan bekas kekasih aku...PIJIE ZAINAL..aku taw dia selalu stalk aku..dan aku taw dia akan baca entry aku nie...aku x kisah la kalau dia nak marah sekali pon..sbb aku nak luahkn ape yg aku rasa sekarang nie...aku taw dia dah x peduli pasal aku lagi..tp ape yg jadi kat aku nie..dia pernah lalui jgak dan berpunca dr aku. Aku paham...dan dah rasa mcm mana sakit dan perit nya alami benda nie..

Setiap masa kalau aku online aku akan stalk dia..dan ape yg aku dpt hnya la sakit hati..kecewa..perit nya aku jer yg rasa..sedih tu jgn ckp laa...setiap masa aku stalk...laju jer airmata aku mengalir...dah x taw nak buat mcm mana lg..yer dulu masa aku dgn dia..aku x hargai dia..skrg dia dah ada org lain..dan dia pon dah bahagia...aku x boleh nak ckp ape2 lagi..aku hnya mampu bersedih..

Setengah org akan ckp aku nie buang masa dan buang airmata sebab nangis utk benda yg sudah pasti blom jd milik aku lg..tp aku mmg x boleh nak menafikan yg hati aku nie masih syg dia..setiap kali lepas solat..aku berdoa dan tiap kali tu jgak la airmta nie mengalir...susah nak gambarkan perasaan aku sekarang nie...dia bahagia dgn kekasih baru dia tp aku x mcm tu...

Sekarang nie..hanya nie jer yang mampu aku coretkan..selebihnya aku dah x sggp dah nak menangis depan laptop dan hadap entry aku kali nie..aku minx maaf kalau entry kali nie..buatkan anda rimas atau pun terasa hati...aku minx maaf banyak2 yer...okay laa Wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Semester...New Life...

Assalamualaikum...bermula nya semester baru nie..bermula laa kehidupan sebagai seorang student dan akan mula menyibukkan diri dgn aktiviti harian. Bermula semester baru nie akan buatkan aku lupa pada semua benda yang telah berlaku kat aku masa cuti sem lepas. Sedikit sebanyak mematangkan diri aku sendiri dan cuba utk memperbaiki diri sendiri.

Pada semester baru nie..aku ambil 5 subjek dlm Dip.Perakaunan...salah satu subjek tu subjek extra paper..haa bunyi macam pandai sgt kan sbb ambk extra paper..hehe..sebenarnya x laa. Ada sebb lain..kalau korg bijak kan, cuba teka sebab ape???hehehe.. :)
Nak taw x semester nie aku laa orang paling awal daftar...sebab sem lepas2 tu semua nya banyak masalah..nak dijadikan cerita..semester nie lepas semua nya x ada yg tersangkut..Alhamdulillah. Lepas daftar jer tersenyum riang aku nie..huhu...balik dgn hati yang lega gila..

Apa yang jadi pd aku  semua tu adalah pengajaran buat aku utk lebih memikirkan tentang sesuatu benda sebelum brtindak, aku cuba utk berubah kearah kebaikan..dan orang ckp bila kita nak buat sesuatu yg wajib memang kena buat secara paksa. Jadi aku ikut mcm tu utk kebaikan diri aku sendiri. Aku sabar selagi mampu dalam menempuh segala dugaan dan  ujian yang diberikan utk aku. Yelaa...Allah tu x akan menguji di luar kemampuan hambaNya.

Setakat nie jela yang mampu aku cerita kan sebab kepenatan yg teramat sgt nie..okay laa sehinggan berjumpa lagi yer..Wassalam..and thanks sbb sudi melawat dan membaca entry kali nie... :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan ku..

Assalamualaikum semua..sihat ke??? Hari nie baru berpeluang nak update blog sbb sebelum nie busy study dan final exam. Ape boleh buat kehidupan sebagai seorang student la kata kan..huhu

Entry kali nie agak pelbagai sikit la sebab ada bnyk benda nak cerita tp x tahu la ingat ke x semua nya tu..but don't worry i will try my best...hehehe..
Firstly, masa exam final yg lepas, nie cerita la sikit kan..(haishh payah betul kalau org bnyk ckp nie)..hehe..mcm nie alkisah nya..masa tu hari ahad taw bersamaan berapa hari bulan erkk??ermm sori2 lupa plak tarikh dia bila..okay2 balik pd cerita asal, kitorg student DIA nie mmg lambat sikit kalau bab membaca tiba plak Sem 3 tu ada 2 subjek membaca iaitu Management dgn Law. Management tu senang la jgak nak goreng time exam tu tp Law tu....(tutup muka) susah yg amat sgt sebab semua kena jwb mengikut fakta yg diberikan x boleh buat fakta sendiri..huhu..ada yg smpai nk nangis2 masa jwb Law tu...huhu..aku relax jer tp keadaan dh become worst.huhu...

Secondly, pasal kehadiran org baru dlm hidup aku iaitu Abi dgn Cik Tam. Dorg nie adalah binatang kesayangan Nabi..mesti korg taw kan apa dia..huhu..kalau taw bagus la x perlu nak terang kan lebih lanjut..hehe..masa mula2 aku ambk dorg iaitu pd 1 Oct 2012, cik tam nie sakit so aku jaga dan rawat dia dgn letak minyak gamak jer kat kaki dia. Abi plak selang sehari ambk cik tam aku ambk Abi plak. Abi nie pd mulanya sihat jer lepas aku bg mkn semua dia jd "cerry berry" sbb mkann tu x sesuai dgn dia, tu pon aku letak minyak gamat jgak. Smpai la skrg aku jaga..Alhamdulillah sihat..

Third, pasal perasaan..ermm mesti korg muak kan baca pasal hati dan perasaan nie..(sebenarnya aku pon dh muak dh)..hehe..tp disebabkn aku suka coretkan segala2 nya di sini jd ini la hasil nya..susah sebenarnya nak jaga hati org..aku nie mmg suka buat org kecik hati, terasa laa and mcm2 laa. Aku sendiri pon x taw nak buat ape lg bila dtg soal hati sehingga kan sekarang nie aku seolah2 dh x ada perasaan dah..ntah laa hidup nie ada pasang surut..skrg aku kat bawah..esok lusa x taw lagi..dah laa aku nie pegang Award Queen of Tears..(kenyit mata)..bkn aku jer yg ada title tu..boleh dikata kan semua perempuan, gadis dan wanita yg ada dlm dunia nie laa mmg mudah utk mengalirkn airmata.

Seminggu nie aku rasa x ada ape2 yg menarik pon yg berlaku kat aku sbb aku x layan perasaan sedih aku tu..aku lawan sedih tu dgn main dgn kucing..so aku x fikir sgt laa. Seminggu nie jgak laa aku dah buat keputusan aku..sbb aku mmg dh nekad sgt dah..walaupun keputusan aku nie menyebabkn ramai pihak yg x puas hati..tp bg aku nie yg terbaik..

Sekarang nie aku tgh menghitung hari nak tggu result keluar and nak balik kolej..betapa laa cepat nya masa tu berlalu..dan cuti aku kali nie dipenuhi dgn demam, stress and so on la..sebut pasal stress nie kan, aku teringat doktor ckp aku nie trlampau stress smpai badan sakit2..kelakar plak bila doktor ckp mcm tu..hehe..tp memang btol pon kali nie aku demam smpai dua kali..senang cter teruk laa. Mungkin sbb aku nie bnyk sgt memikir...hahahah..fikir ape pon x taw laa..

Ermm rasa nya mcm dah banyak jer aku merapu kat sini..so nak stop dulu laa ada masa aku merepek lg yer...hehehe..jgn laa segan nak singgah blog Si Gadis May yg x seberapa nie..hehe..okay laa undur diri dulu yer...
Wassalamm..Have a nice day okay.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS